Definisi Mat Rempit
Remaja Masa Kini
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang
terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya
dengan menggunakan moto kapcai@granprik. Ia merupakan satu gejala
sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit
pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat
Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma
menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan
akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga
telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan , pergaduhan, laku
musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat
Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki
motosikal curi . Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba
oleh Mat Rempit . Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat
Rempit . Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia
untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas
ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau
memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu
bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala
Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak
di Kuala Lumpur untuk mendapat
perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut,
Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya
Lekas di Semenyih yang belum siap
sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan
tahun.
Aksi baru dari Mat Rempit...
Akibat
Merempit

